Sallam,
Lama rasanya tak sembang- sembang, sibuk dengan tugasan harian. Baru- baru ni, bermula tayangan hebat cerita melayu bertajuk "Jangan tegur". Adik ipar saya pergi tengok, tapi tertidur, siap berdengkur lagi katanya. Hai! Tengok cerita genre seram pun boleh tertidur. Seram mende ni. Bermula dengan "Jangan Pandang Belakang" dan sekarang "Jangan Tegur", selepas ni apa pulak? "Jangan Balik Dulu" atau "Tolong lihat depan" atau " Jangan tinggal daku". Aduhhhh ..... letih!!!!!
Biasa la.... dah buat duit sikit dengan kejutan filem seram- seram kuku"Jangan Pandang Belakang", mereka cuba pula lagi dengan filem "Jangan" yang lain. Market kat malaysia ni, senang nak buat duit gamaknya. Mungkin kita akan berhadapan dengan 3 atau 4 lagi filem "Jangan" sebelum mereka ini cari lubang baru untuk diterokai. Yang buat filemnya satu hal, yang pergi menontonnya satu hal lagi. Sokong cerita melayu katanya. Bagus, sokong cerita- cerita yang boleh buat kita menguap. Kalau adik ipar saya, yang jarang menonton filem luar, kebanyakan filem tempatan boleh tertidur menyaksikan "Jangan Tegur", saya nasihatkan tuan-tuan dan puan-puan semua, saksikan filem "Jangan Tengok" atau bahagian keduanya iaitu "Jangan Tonton", lagi menarik!
Perhatian bagi mereka yang menyokong industri filem kita, saya pun begitu juga, cuma saya tak boleh bagi muka untuk cerita- cerita sebegini. Terlalu melalut pada pandangan saya. Saya bukan berpelajaran tinggi tapi saya masih tahu membezakan filem itu bagus atau sampah, malahan adik ipar saya cuma seorang juru jual di sebuah pusat membeli belah, bukan golongan elit, tapi masih mampu berdengkur, menonton cerita ini. "Jangan Tegur", kalau kita peminat tak tegur, siapa lagi, fikir- fikirkanlah! Akhir kata, siapa berani bertaruh dengan saya, Hari Raya hujung tahun ni, "Jangan Tegur" akan muncul di astro, buat apa buang duit! Sampai disini dulu.
Sallam.
Comments (0)