Cerita ni pasal apa?

0

Posted by Shamizuhab | Posted on Wednesday, January 28, 2009

Sallam,
Saya teringat kata- kata sepupu saya selepas menonton filem arahan Afdlin Shauki.
" Tak paham cerita la, macam simple tapi apa ceritanya? "
Untuk makluman, sepupu saya orang kampung, ini betul- betul punya kampung, bukan kampung moden, kampung! Filem- filem arahan Afdlin ada yang bagus, tapi kebanyakannya untuk orang- orang bandar, ada sedikit pendidikan. Pendek cerita, target filemnya (mungkin tak disengajakan) hanya pada " mereka dan keluarga mereka sahaja ", bukan untuk orang dari kampung Jelutong Taiping, bukan untuk mereka di Mergong, Kedah. Bukan untuk mereka di Nibong Tebal, bukan untuk mereka di Lemal, Pasir Mas dan sememangnya bukan untuk mereka di Putatan Sabah atau Mukah Sarawak.

Idea- idea Afdlin memang fresh, segar bugar tapi hanya untuk cerdik pandai, mana lah orang- orang kampung tu tahu pasal Sumo- Lah, Los dan Faun? Terlalu asing. Maybe dia tengah try to educate and entertain at the same time, but for malaysian market yang kecik ni, susah sikit bro Afdlin, maybe dah tahap mustahil. Apapun, saya masih tabik spring ngan beliau, our very own Adam Sandler. Sedihnya bila masuk panggung, yang menonton filemnya cuma dua tiga kerat saja, mereka yang educated sedikit la tu, hehehe .... termasuk saya. Sallam.

Berpijak di bumi nyata.

0

Posted by Shamizuhab

Sallam,
Dunia perfileman Malaysia agak kecil jika dibandingkan dengan negara Asia yang lain. Tak payah sebut pasal Hollywood, terlalu gergasi. Sebab kekecilan inilah, filem- filem kita lebih kearah komersial dari kualiti, bila dah begitu, jangan lah kita hairan bila filem- filem kita gagal di mata dunia. Satu perkara lagi, budget! Ianya dikatakan perkara yang paling bermasalah dalam dunia perfileman Malaysia. Kita kurang budget, sebab itu filem kita tak bagus, betul ke?

Filem- filem arahan Yasmin Ahmad menggunakan budget yang boleh dikategorikan rendah, tapi filemnya banyak bergantung dengan olahan skrip dan visual yang menarik penonton untuk lebih berminat untuk mengetahui kesudahan ceritanya. Ceritanya lebih telus, tidak hipokrit, memang terdapat unsur budaya dan masyarakat majmuk Malaysia. LEBIH UNIK. Itu tuan- tuan dan puan- puan adalah cara kita buat filem sebenarnya. Biar apapun, penonton mesti tertarik untuk mengetahui dan mengikuti cerita yang diceritakan. Budget rendah, pelakon baru, kualiti visual kurang, digabungkan dengan pengarah berimaginasi serta berkreativiti tinggi, skrip yang amat menarik dan baik sekali olahannya, kesinambungan cerita yang baik, tak lompat katak sana- sini. Apa hasilnya, cuba fikirkan.

Pengarah terkenal, pelakon handal, budget tinggi melambung, tapi olahan skrip yang hancus, tiada kreativiti dalam pengarahan filem, tidak akan menetap lama dihati penonton. Good example, filem Chermin; penataan visual yang amat bagus pada saya sebagai penonton, cara cerita diolah amat menarik, memang terdapat kesinambungannya. Yang potongnya, apsal diambil Deanna Yusof sebagai Mastura yang digambarkan sebagai spirit didalam cermin kononnya dari zaman dahulu kala, zaman sampin labuh songkok tinggi. Sepatutnya Mastura adalah perempuan melayu dizaman dulu kala, tapi dalam Chermin, Mastura memang adalah perempuan dulu berpelat orang putih, pelat mat salleh bila bertutur melayu, ohhhhh ... come on!, tak kan tak ada yang perasan pelat mat salleh Deanna Yusof, langsung songsang dengan wataknya. Salah siapa?

Kenapa filem- filem arahan Datuk kita yang sorang tu, mesti motosikal besar-besar, berkuasa tinggi, kereta mesti kurang- kurang kereta sport, kumpulan gengster mesti berjaket, berkacamata hitam tengah- tengah malam buta, mesti hisap rokok, ada perempuan untuk dipeluk. Kelab- kelab disko yang penuh dengan keganasan. Apa bende semua ni, tak da langsung gambaran sebenar rakyat Malaysia, kalau orang luar tengok, mesti gambarannya, rakyat Malaysia ni kaya maulana tapi ganas.

Jangan sampai orang luar melabelkan filem- filem kita macam sampah, terkenal tapi tiada faedah. Apa message yang Datuk cuba ketengahkan. Saya guna orang luar sebab filem kita mahu ke luar, bukan untuk pasaran dalam sahaja. Biar terbeliak mata mereka dengan kemampuan filem- filem kita. Biarpun tiada teknik CGI dan pelakon- pelakon taraf dunia, budget yang beratus juta, masih mampu membuat mereka berfikir. Tapi berbalik kepada masalah besar filem-filem Malaysia, filem kita tak laku, tak boleh jual, tak boleh buat duit. Nilai komersial mesti tinggi untuk filem kita. Itu yang digunapakai pengarah- pengarah seperti Datuk dan Prof. Senang cerita, bayangkan filem- filem mereka ditayangkan di Anugerah Akademi Awards, jadi bahan ketawa. Yang bestnya, anak datuk sendiri sudah mula berkecimpung dengan cara Datuk arah filem, sebijik macam cerita- cerita Datuk, apa bezanya!

Memang topik ini agak subjektif, tapi saya penonton yang mahu melihat filem kita yang sebenarnya, bukan nak tengok orang buat cerita racing, kita buat cerita racing. Orang buat cerita gengster, kita buat cerita gengster. Apa? koman sangat ke imaginasi orang- orang Malaysia ni! Maaf Datuk dan Prof kalau terasa, tapi saya terlebih dulu terasa dengan mutu filem- filem saudara. nanti kita sembang lagi. Diakhiri dengan bahasa- bahasa hancus dalam filem kita " Chow dulu brader ". Sallam.

Dato' Rahim Razali

0

Posted by Shamizuhab | Posted on Monday, January 26, 2009

Sallam,
Memang saya kagum dengan Dato' yang sorang ni. Pernah terserempak dengan beliau di Sunway Pyramid zaman dahulu kala, tapi terlalu segan untuk menegur. Dato' Rahim Razali adalah seperti Al Pacino di Hollywood, The Godfather of our movie industries. We do have a few others in the making, but for now, let just say, you're the man! Cara dia terlalu bersahaja, maybe at times a bit over the edge, but hey! Itu trademarknya, jangan sesiapa pun cuba tiru. Terlalu banyak yang boleh kita pelajari dari insan ini about dunia lakonan. Emmm ... nak makan dulu nanti sambung lagi! 

Kalau nak tengok ...

0

Posted by Shamizuhab

Sallam,
Kalau nak tengok Ida Nerina, Maya Karin, Kavita Kaur, Nanu, Deanna Yusof berlakon, tengok filem- filem arahan Shuhaimi Baba. Kalau nak tengok Saiful Apek, Norlia Ghani, Piee, Kartina Aziz, pulak, pergi tengok filem- filem arahan Prof Madya Razak Mohaideen. Kalau nak tengok pulak Hans Isaac, Awie, AC Mizal, Harith Iskander dan oh ya! Ida nerina lagi, saksikan pula cerita- cerita arahan Afdlin Shauki. Siapa- siapa nak lihat Sharifah Amani, Ida Nerina lagi, Harith Iskander lagi, Adibah Noor di layar perak, filem- filem arahan siapa lagi kalau bukan Yasmin Ahmad.

Senang saja, nak tengok pelakon pujaan anda, pilih saja pengarah filemnya. Teka- teki untuk anda, Erra Fazira, Ziana Zain, Norman Hakim, Abby Abadi dan A. Galak, filem arahan siapa anda hendak tengok? Senang bukan? So, next time pilih dulu pengarahnya, kemungkinan anda akan tahu siapa pelakonnya. Sekian dulu, nanti sembang lagi, sallam.

Siapa yang saya minat

0

Posted by Shamizuhab | Posted on Sunday, January 25, 2009

Sallam,
Actually ramai, I'm a sucker for a good movie. Filem Malaysia to me ada yang bagus and definitely confirmed, ada yang hancus. Memang menyokong industri filem Malaysia, tapi selalunya tak sempat, hahaha ... apsal tak sempat? Baru saja nak tengok dah habis kat panggung, bukannya habis tiket, habis tayang!, copeknyo! Ada a few directors or story tellers yang betul- betul bagus, Yasmin Ahmad, Afdlin Shauki to name a few. These are the younger generation punya story tellers. Pernah dengar nama Zarina Abdullah, my favourite too. Khabir Bhatia pun, nicee ..... but generally as a fan, sedih tengok kualiti cerita melayu nowadays. Its gone from bad to worst.

While these new story tellers trying their hardest to capture a new angle, to breath in new soul in story telling, others came up with hancus film of the year which generally brings down to earth again our local movie industries. Bukan nya apa, siapa nak buang RM 10 for movies like " Sifu & Tongga " Aduhhhh ... Prof Madya Abdul Razak Mohaideen, mende tu! Apa relevannya cerita you ni. Apa ikhtibarnya, simply for entertainment?. I'm so very sorry, but I'm a fan, and believe it or not, I do have rights cause we fans play a very major part in our may I say struggling, small and surviving local movies industry.

Uwei Hj Shaari, Dato' Hj Rahim Razali, or even M. Nasir pada saya sudah terlalu bagus. These are the talented few. Siapa pun tak akan lupa, babak dalam filem " Cinta ", one man show Dato' Hj Rahim Razali talked about cinta, its was sooooo intense yet the message was delivered with grace and poised, first class acting! first class directing! Hands down! Saya berani bet, Prof Razak can't give that in his movies, its just not in him.

Saya bukannya menyebelahi mana- mana pihak, filem Prof Razak ada yang okay, Mami Jarum contohnya, kita gelak- gelak juga tapi it was a fine example of our complex Malaysian culture. Lady Boss, Cinta Fotokopi, Cinta Kolesterol, Kuliah Cinta dan etc. Aduhhh .... Prof Razak, minta tolong, apa cerita ni semua, pergi masuk panggung, kosong! A mild attempt in serious movie like Hingga Hujung Nyawa, just okay for me, but its just not up to par, jangan ambil hati Prof, prove to us fans, you can come up with better ones.

Shuhaimi Baba is actually one of our best, Selubong came out strong, then came Layar Lara, Pontianak Harum Sundal Malam, few of the local top notch. PHSM part 2 pada saya, a bit bercelaru, maybe too many kuda kepang flyers and the actors, aduhh .... maybe we talk about that later. Nanti kita sembang- sembang lagi. Sallam for now!