Bang Afdlin, caya lah!

0

Posted by Shamizuhab | Posted on Friday, November 6, 2009

Sallam,

Saya dah selesai tengok cite Sepi dan Setem, dua- dua arahan saudara Khabir Bhatia. Nice work! At the very least, we are getting somewhere, I mean our film industry la, ni apa ke hay ni yeop cakap omputih. Takkkk ...., sebenarnya gini, suka tengok filem- filem cam ni mula mendapat tempat di hati pengikut filem tempatan, nyata sekali, selera kami peminat sudah berada di tahap yang berbeza. Khabir Bhatia pandai bermain dengan emosi, pandai memilih shot- shot yang pada saya memang superb, errrr ... saya cakap pasal Sepi. Shot- shot beliau bermain dengan sekitaran yang mendalam, detailed. The first shot was the hot buns coming out of the oven, can you see the lazy smoke, it was an almost perfect opening scene, by Malaysian standard of course. Congrats.

Here comes bro Afdlin, Now! Afdlin memang a natural actor. He can do jokes, till your perut pecah, and he can definitely berlakon serius. Versatile, kata orang Perak. Now, Sepi is all about the face. Just by looking at their faces, you realized, its just empty. Hence the title Sepi. Its not easy to actually do that, to bring it out in the open and present it on a plate for the audiences, its just not. Big stepping stone in our movie industry, HUGE!

Afdlin or Adam did good, he anchored the character right to the ground. Apa ni, asik cakap omputih lagi, sesiapa pun akan rasa bebannya. Tony Eusoff did good too added by the nice tears flowing shot, it was timeless. So was Vanida and Eja, nice work indeed. Kudos Khabir!

After all the emptiness, when you tengok Afdlin dalam Setem, hahahaha ....... he was simply a different guy, hip hop thingy I supposed. Afdlin was someone else, and this time you can actually see atau bahasa kebangsaannya, tengok saudara Afdlin kita macam pengikut, not a leader. Apa je saudara Rashidi cakap, jadik! Its a good attempt by Khabir to show a different side of Afdlin and we fans, want to see that versatility. Wahuuuuu .....  Albert Einstein menjerit dalam filem IQ. So, kudos and syabas to Khabir and my man, Afdlin. Hati aku belum puas lagi, Papadom tak tengok lagi, now don't tell me, good movie kan?, I know so, cause it is Afdlin's. Hahahahaha .... Now, in Papadom I will see these two sides of Afdlin facing each other, head on! Interesting! About the monotonous of casting in your movie Afdlin, I take it back! Saya ambil balik, you did good this time around! Wassalam! 





Satu kehilangan besar

0

Posted by Shamizuhab


Sallam,


Satu kehilangan besar saya rasa dengan kepulangan arwah kak Yasmin Ahmad ke rahmatullah. Memang amat terkejut dengan berita ini, tapi ajal dan maut semua ditanganNya. Blog kak Yasmin memang menjadi salah satu ikutan saya, tapi sekarang blog itu terlalu sunyi. Semoga rohnya dicucuri dan dilimpahi rahmat. Amin! Secara peribadi, saya rasa arwah seorang yang genius, ketika filem- filem sampah cuba memenuhi selera pengikut filem tempatan, kita di suapkan dengan Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan buah tangan terakhir arwah, Talentime.  She was a true film maker and a very fine storyteller. We going to miss you indeed , Al-Fatihah!


Ada la okey sikit, tapi still marhaban.

0

Posted by Shamizuhab | Posted on Tuesday, November 3, 2009

Sallam dan selamat sejahtera,

Uih! Lama tak nengok blog, sibuk sesangat. Pindah rumah, jual rumah, beli rumah, sewakan rumah. Banyaknya kerja. Enough about me, apa cerita terbaru filem tempatan sekarang. Prof dah lama tak dengar cerita. Perasan yang orang kuat David Teoh dah tukar strategi, pannnndaaaaiiiiii ....... berniaga katakan. Sekarang banyak filem Mr. Cinderella, saudara Ahmad Idham berada di pasaran, terbaru saya belum tengok lagi, banyak review saya baca dan dengar, apa- apa pun khabarnya okey la sikit. Takda la marhaban sangat macam sebelum ni. Syabas David Teoh, cepat tukar haluan, kalau tidak, berani potong jari, bisnes you down the drain. 

Ahmad Idham bawa nafas baru, tapi pada saya, masih lagi berbau nafasnya, mintak maaf siang- siang, tapi apa la pergi buat cerita cam Brainscan tu, aduhhhh .... jangan la terlalu kejar nilai komersial sangat! Tahniah di atas pencapaian beliau sebagai ahli lembaga pengarah Finas, mende ni? Ape rasionalnya? Ahmad Idham bagus? Filem arahannya selalu box- office, come on!

Kita ada barisan pengarah yang lebih berkaliber, good example, U-Wei Haji Shaari, kenapa tidak? Yang pasti U-Wei tak akan mengarah filem seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, atau pun Tipah Tertipu, memang saya rasa cam kena tipu. Bak balik duit RM10 saya. Makan rojak kat masjid lagi elok.

Ahli lembaga pengarah Finas, bukan untuk kasi panas kerusi je, awak harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada industri filem tempatan sekarang dan masa hadapan, kalu orang yang pegang cuma mampu hasilkan filem- filem melepaskan batuk kat tangga, camne industri ni nak maju. Minta maaf jika terasa tapi saya peminat yang membayar, peminat yang menanggung sensara menunggu kesudahan sesebuah filem sampah, sengsara wa cakap lu, duit dah bayar, ruginyeeeeeee ..... macam ni je lah, tak akan bergoyang pokok kalau tak ada angin, lu pikir la sendiri, saya tak marah, menegurrrr ...... ishhh! rugi Rm10.  

Jangan, jangan, jangan.

0

Posted by Shamizuhab | Posted on Monday, April 13, 2009

Sallam,
Lama rasanya tak sembang- sembang, sibuk dengan tugasan harian. Baru- baru ni, bermula tayangan hebat cerita melayu bertajuk "Jangan tegur". Adik ipar saya pergi tengok, tapi tertidur, siap berdengkur lagi katanya. Hai! Tengok cerita genre seram pun boleh tertidur. Seram mende ni. Bermula dengan "Jangan Pandang Belakang" dan sekarang "Jangan Tegur", selepas ni apa pulak? "Jangan Balik Dulu" atau "Tolong lihat depan" atau " Jangan tinggal daku". Aduhhhh ..... letih!!!!!

Biasa la.... dah buat duit sikit dengan kejutan filem seram- seram kuku"Jangan Pandang Belakang", mereka cuba pula lagi dengan filem "Jangan" yang lain. Market kat malaysia ni, senang nak buat duit gamaknya. Mungkin kita akan berhadapan dengan 3 atau 4 lagi filem "Jangan" sebelum mereka ini cari lubang baru untuk diterokai. Yang buat filemnya satu hal, yang pergi menontonnya satu hal lagi. Sokong cerita melayu katanya. Bagus, sokong cerita- cerita yang boleh buat kita menguap. Kalau adik ipar saya, yang jarang menonton filem luar, kebanyakan filem tempatan boleh tertidur menyaksikan "Jangan Tegur", saya nasihatkan tuan-tuan dan puan-puan semua, saksikan filem "Jangan Tengok" atau bahagian keduanya iaitu "Jangan Tonton", lagi menarik!

Perhatian bagi mereka yang menyokong industri filem kita, saya pun begitu juga, cuma saya tak boleh bagi muka untuk cerita- cerita sebegini. Terlalu melalut pada pandangan saya. Saya bukan berpelajaran tinggi tapi saya masih tahu membezakan filem itu bagus atau sampah, malahan adik ipar saya cuma seorang juru jual di sebuah pusat membeli belah, bukan golongan elit, tapi masih mampu berdengkur, menonton cerita ini. "Jangan Tegur", kalau kita peminat tak tegur, siapa lagi, fikir- fikirkanlah! Akhir kata, siapa berani bertaruh dengan saya, Hari Raya hujung tahun ni, "Jangan Tegur" akan muncul di astro, buat apa buang duit! Sampai disini dulu.

Sallam.

Cerita ni pasal apa?

0

Posted by Shamizuhab | Posted on Wednesday, January 28, 2009

Sallam,
Saya teringat kata- kata sepupu saya selepas menonton filem arahan Afdlin Shauki.
" Tak paham cerita la, macam simple tapi apa ceritanya? "
Untuk makluman, sepupu saya orang kampung, ini betul- betul punya kampung, bukan kampung moden, kampung! Filem- filem arahan Afdlin ada yang bagus, tapi kebanyakannya untuk orang- orang bandar, ada sedikit pendidikan. Pendek cerita, target filemnya (mungkin tak disengajakan) hanya pada " mereka dan keluarga mereka sahaja ", bukan untuk orang dari kampung Jelutong Taiping, bukan untuk mereka di Mergong, Kedah. Bukan untuk mereka di Nibong Tebal, bukan untuk mereka di Lemal, Pasir Mas dan sememangnya bukan untuk mereka di Putatan Sabah atau Mukah Sarawak.

Idea- idea Afdlin memang fresh, segar bugar tapi hanya untuk cerdik pandai, mana lah orang- orang kampung tu tahu pasal Sumo- Lah, Los dan Faun? Terlalu asing. Maybe dia tengah try to educate and entertain at the same time, but for malaysian market yang kecik ni, susah sikit bro Afdlin, maybe dah tahap mustahil. Apapun, saya masih tabik spring ngan beliau, our very own Adam Sandler. Sedihnya bila masuk panggung, yang menonton filemnya cuma dua tiga kerat saja, mereka yang educated sedikit la tu, hehehe .... termasuk saya. Sallam.