Sallam,
Saya teringat kata- kata sepupu saya selepas menonton filem arahan Afdlin Shauki.
" Tak paham cerita la, macam simple tapi apa ceritanya? "
Untuk makluman, sepupu saya orang kampung, ini betul- betul punya kampung, bukan kampung moden, kampung! Filem- filem arahan Afdlin ada yang bagus, tapi kebanyakannya untuk orang- orang bandar, ada sedikit pendidikan. Pendek cerita, target filemnya (mungkin tak disengajakan) hanya pada " mereka dan keluarga mereka sahaja ", bukan untuk orang dari kampung Jelutong Taiping, bukan untuk mereka di Mergong, Kedah. Bukan untuk mereka di Nibong Tebal, bukan untuk mereka di Lemal, Pasir Mas dan sememangnya bukan untuk mereka di Putatan Sabah atau Mukah Sarawak.
Idea- idea Afdlin memang fresh, segar bugar tapi hanya untuk cerdik pandai, mana lah orang- orang kampung tu tahu pasal Sumo- Lah, Los dan Faun? Terlalu asing. Maybe dia tengah try to educate and entertain at the same time, but for malaysian market yang kecik ni, susah sikit bro Afdlin, maybe dah tahap mustahil. Apapun, saya masih tabik spring ngan beliau, our very own Adam Sandler. Sedihnya bila masuk panggung, yang menonton filemnya cuma dua tiga kerat saja, mereka yang educated sedikit la tu, hehehe .... termasuk saya. Sallam.
Comments (0)