Berpijak di bumi nyata.

0

Posted by Shamizuhab | Posted on Wednesday, January 28, 2009

Sallam,
Dunia perfileman Malaysia agak kecil jika dibandingkan dengan negara Asia yang lain. Tak payah sebut pasal Hollywood, terlalu gergasi. Sebab kekecilan inilah, filem- filem kita lebih kearah komersial dari kualiti, bila dah begitu, jangan lah kita hairan bila filem- filem kita gagal di mata dunia. Satu perkara lagi, budget! Ianya dikatakan perkara yang paling bermasalah dalam dunia perfileman Malaysia. Kita kurang budget, sebab itu filem kita tak bagus, betul ke?

Filem- filem arahan Yasmin Ahmad menggunakan budget yang boleh dikategorikan rendah, tapi filemnya banyak bergantung dengan olahan skrip dan visual yang menarik penonton untuk lebih berminat untuk mengetahui kesudahan ceritanya. Ceritanya lebih telus, tidak hipokrit, memang terdapat unsur budaya dan masyarakat majmuk Malaysia. LEBIH UNIK. Itu tuan- tuan dan puan- puan adalah cara kita buat filem sebenarnya. Biar apapun, penonton mesti tertarik untuk mengetahui dan mengikuti cerita yang diceritakan. Budget rendah, pelakon baru, kualiti visual kurang, digabungkan dengan pengarah berimaginasi serta berkreativiti tinggi, skrip yang amat menarik dan baik sekali olahannya, kesinambungan cerita yang baik, tak lompat katak sana- sini. Apa hasilnya, cuba fikirkan.

Pengarah terkenal, pelakon handal, budget tinggi melambung, tapi olahan skrip yang hancus, tiada kreativiti dalam pengarahan filem, tidak akan menetap lama dihati penonton. Good example, filem Chermin; penataan visual yang amat bagus pada saya sebagai penonton, cara cerita diolah amat menarik, memang terdapat kesinambungannya. Yang potongnya, apsal diambil Deanna Yusof sebagai Mastura yang digambarkan sebagai spirit didalam cermin kononnya dari zaman dahulu kala, zaman sampin labuh songkok tinggi. Sepatutnya Mastura adalah perempuan melayu dizaman dulu kala, tapi dalam Chermin, Mastura memang adalah perempuan dulu berpelat orang putih, pelat mat salleh bila bertutur melayu, ohhhhh ... come on!, tak kan tak ada yang perasan pelat mat salleh Deanna Yusof, langsung songsang dengan wataknya. Salah siapa?

Kenapa filem- filem arahan Datuk kita yang sorang tu, mesti motosikal besar-besar, berkuasa tinggi, kereta mesti kurang- kurang kereta sport, kumpulan gengster mesti berjaket, berkacamata hitam tengah- tengah malam buta, mesti hisap rokok, ada perempuan untuk dipeluk. Kelab- kelab disko yang penuh dengan keganasan. Apa bende semua ni, tak da langsung gambaran sebenar rakyat Malaysia, kalau orang luar tengok, mesti gambarannya, rakyat Malaysia ni kaya maulana tapi ganas.

Jangan sampai orang luar melabelkan filem- filem kita macam sampah, terkenal tapi tiada faedah. Apa message yang Datuk cuba ketengahkan. Saya guna orang luar sebab filem kita mahu ke luar, bukan untuk pasaran dalam sahaja. Biar terbeliak mata mereka dengan kemampuan filem- filem kita. Biarpun tiada teknik CGI dan pelakon- pelakon taraf dunia, budget yang beratus juta, masih mampu membuat mereka berfikir. Tapi berbalik kepada masalah besar filem-filem Malaysia, filem kita tak laku, tak boleh jual, tak boleh buat duit. Nilai komersial mesti tinggi untuk filem kita. Itu yang digunapakai pengarah- pengarah seperti Datuk dan Prof. Senang cerita, bayangkan filem- filem mereka ditayangkan di Anugerah Akademi Awards, jadi bahan ketawa. Yang bestnya, anak datuk sendiri sudah mula berkecimpung dengan cara Datuk arah filem, sebijik macam cerita- cerita Datuk, apa bezanya!

Memang topik ini agak subjektif, tapi saya penonton yang mahu melihat filem kita yang sebenarnya, bukan nak tengok orang buat cerita racing, kita buat cerita racing. Orang buat cerita gengster, kita buat cerita gengster. Apa? koman sangat ke imaginasi orang- orang Malaysia ni! Maaf Datuk dan Prof kalau terasa, tapi saya terlebih dulu terasa dengan mutu filem- filem saudara. nanti kita sembang lagi. Diakhiri dengan bahasa- bahasa hancus dalam filem kita " Chow dulu brader ". Sallam.

Comments (0)

Post a comment